berita

Viral Video ‘Bertekak’ Dengan Polis Pula, Exco Melaka Cuma Nak Melawat Kawan

October 17th, 2019 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee viral kerana berdepan konflik dengan penduduk dan pengayuh beca negeri itu. Petang semalam, kekecohan berlaku pula di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur gara-gara exco itu.

Dirakam ketika dihalang masuk

Video pendek berdurasi 38 saat menunjukkan Norhizam dan kumpulannya dihalang daripada masuk ke premis berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan. Turut kedengaran adalah suara anggota polis mengarahkan rakan sekerja untuk mengambil gari dipercayai untuk menggari Norhizam.

Norhizam bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit, berdasarkan laporan Harian Metro yang menemuinya di Ayer Keroh, semalam.

Nafi digari

Menurut exco ini, dia tidak digari seperti disangka dan hanya hadir ke pejabatnya untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkenaan video insiden IPK tersebut.

Tangan saya tidak digari, pejabat saya tidak digeledah sebaliknya hanya memberi keterangan kepada polis di pejabat berhubung penularan video di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang semalam.

Pejabat saya tidak digeledah sebaliknya hanya memberi keterangan mengenai video tular di IPK KL petang semalam.

Sebelum itu, saya ada membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh meminta pihak polis menyiasat motif individu yang menyebarkan video berkenaan.

Lawat tahanan SOSMA

Norhizam menjelaskan dia bersama kira-kira 20 ahli keluarga seorang ketua pegawai eksekutif anak syarikat kerajaan negeri dan seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) ke IPK KL kira-kira jam 2 petang.

Mereka ke sana bertujuan melawat ahli DAP yang ditahan selepas disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Keduanya ditahan pada 12 Oktober lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Tak tahulah siapa yang sebarkan saya pegawai tertinggi kumpulan pengganas LTTE dan polis yang berada di sekitar Seri Negeri mengepung untuk tahan saya.

Saya ke Kuala Lumpur bersama pegawai negeri, tapi dikaitkan dengan LTTE oleh musuh. Saya nak cakap, saya hanyalah pencinta kucing.

Sumber: The StarHarian Metro, Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×