Semalam, penganjur konsert, Kharisma Music International menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan pihak mereka mengambil keputusan terburu-buru untuk membatalkan konsert sulung penyanyi, Aisha Retno iaitu ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.
Artikel Berkaitan: Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Balik RM77k, Nafi Batal Konsert Terburu-Buru – ‘Duit Itu Dipinjamkan Untuk AJL38’
Artikel Berkaitan: Konsert Sulung Aisha Retno Dibatalkan Seminggu Sebelum Berlangsung, Penganjur Dedah Jualan Tiket Tidak Laku
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Dapat Sebarang Kontrak Daripada Pihak Penganjur’ – Aisha Retno Terkilan Tiada Perbincangan Sebelum Umum Batal Konsert
Terbaru, penyanyi Aisha Retno dilihat tampil memuat naik sebuah posting di Instagram Storynya berhubung konflik tersebut.
Semoga kalian dimurahkan rezeki
Menurut Aisha, pagi ini, dia menerima banyak direct message (dm) daripada peguam yang mahu membantunya berikutan isu pembatalan konsert.
MashaAllah, semoga kalian dimurahkan rezeki. Maaf Aisha tak dapat dm satu-satu lagi. Saya akan berhubung dengan anda dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, saya hanya mahu fokus mengenai karier seni dan lagu terbaru saya yang akan keluar pada bulan Disember nanti.
Pada masa yang sama, Aisha berkata, segala bukti bakal didedahkan tidak lama lagi demi keadilan.
Saya doakan yang terbaik untuk dia dan semua konsert yang berjaya dia lakukan. Saya harap dia menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan tidak perlu menumpang populariti dan bakat orang lain untuk mengadakan konsert nanti.
Berbicara lebih lanjut, Aisha berharap pihak penganjur dapat merancang hal kewangan dan promosi yang lebih baik agar tidak menyalahkan orang lain di kemudian hari.
Paling penting saya harap dia tahu mengenai undang-undang komunikasi sebelum melulu membuat keputusan tanpa memberitahu produk. Semoga yang baik-baik untuk beliau.
Saya maafkan
Di akhir posting, pelantun suara ‘Sutera’ ini memberitahu dia sudah memaafkan individu tersebut.
Saya maafkan dia, sebab saya tahu dia seorang manusia yang baik. Tapi saya tak tahu sama ada ibu bapa dan keluarga saya akan maafkan dia. Hanya padang mahsyar yang boleh menjawab. Terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini.
Sumber: Aisha Retno