Di Instagram, pelakon Hafreez Adam berkongsi video dan foto sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31. Pastinya dapat pelbagai hadiah pemberian daripada peminat yang selama ini telah menyokong karier pelakon lelaki ini.
Artikel berkaitan: ‘Tiada Jodoh Antara Kami’ – Hafreez Adam & Zara Zya Putus Tunang
Tetapi ada seorang peminat misteri yang sanggup beri hadiah sampai 30 kali Hafreez Adam turun dan naik lift untuk mengambil hadiah tersebut dari pemberi yang sama. ‘Peminat misteri’ yang dimaksudkan itu adalah pelakon Azar Azmi. Tetapi lain pula jadi, apabila ramai netizen terbau ada ‘sesuatu’ di antara mereka. Adakah mereka dilamun cinta?
I appreciate your effort
Hafreez Adam berkongsi beberapa klip pendek dan cerita ringkas di posting Instagramnya apabila menerima kejutan pemberian hadiah daripada seseorang yang didakwa tidak dikenalinya. Dia terpaksa naik dan turun lift di kediaman sebuah kondominium sebanyak kira-kira 30 kali untuk terima penghantaran dari riders.
Akhirnya, dia mendapat tahu yang kesemua hadiah ini merupakan pemberian dari Azar Azmi. Pelakon wanita itu juga sanggup menghantar kesemua hadiah dengan menaiki sebuah kenderaan jenis 4×4.
Ada orang tu plan nak buat surprise. Kononnya, 31 cupcakes, 31 delivery. Rumah pula condo. Lockdown ni, delivery semua kena pick-up dekat bawah. Emmmmmm, masa first punya delivery. Abe ambil. Tertanya juga siapa yang bagi. Sebab tak ada card atau clue. Cuma cupcake dan balloon. Second time, sama, third time.. sama.
Dah 3 kali turun naik dalam jarak 3 dan 4 minit diantara semua delivery tu. Dapat call ke-4 dari rider, Abe cakap “cupcake dan balloon ea? Awak ambil lah.”
Sama juga dengan call ke-5. Bila call ke-6, adik Abe yang offer untuk turun ambil. Sampailah yang second last punya. Yang last punya Abe kena turun sendiri. Sebab rider cakap gift kali ni, tuan yang send semua gift tu minta Abe ambil sendiri. Special katanya. The rest kau orang tengoklah sendiri. I just wanna say thanks to orang yang buat surprise ni. I appreciate your effort. Tapi Abe lebih terharu dengan surprise kedua yang dalam video tu. Dia suruh ambil barang dekat belakang truck tu. sekali… thanks!
Terima kasih buat surprise
View this post on Instagram
Tindakan dari pelakon Azar Azmi menghantar hadiah kepada Hafreez menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, adakah mereka sedang dilamun cinta? Malah, di ruangan komen kelihatan netizen turut mendoakan agar mereka berdua bahagia dan dipermudahkan segala urusan.
Sementara itu, menurut laporan Kosmo, Azar Azmi difahamkan baru putus tunang pada Februari tahun lalu. Difahamkan, baru-baru ini, Azar berkongsi cerita tentang status hatinya tetapi dia tidak mahu berkongsi lanjut dan ingin merahsiakan identiti kekasih. Azar turut memaklumkan dia sedang bercinta dengan seseorang dan akan berkongsi berita gembira itu dengan peminat tidak lama lagi.
Sumber: Hafreez Adam