Penyanyi terkenal, Awi Rafael menerusi Instagramnya telah mengumumkan bahawa dirinya tidak jadi berkahwin bersama pelakon kecil molek, Atikah Suhaimi. Majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
‘Awie dan keluarga tarik diri..’
https://www.instagram.com/p/Bu-PgfhgW-S/
Melalui satu video yang dimuat naik Awi itu sendiri, dia dan keluarga membuat keputusan untuk tidak meneruskan majlis perkahwinan atas sebab-sebab tertentu. Menurutnya, sepanjang tempoh pertunangannya bersama Atikah, terdapat banyak perkara yang mereka cuba untuk selesaikan, namun pada saat ingin melangkah ke jinjang pelamin barulah dirinya mengetahui kisah yang sebenar.
Walau bagaimanapun, Awi tidak menerangkan secara terperinci punca sebenar pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Menurut Awi lagi, dia dan keluarga memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Be strong Awi
Sumber: Awirafael