Terdahulu, suami kepada pelakon, Lufya Omar iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz, telah mengesahkan dirinya sudah menjatuhkan talak kepada isterinya pada minggu lalu. Menurut Dr Che Hafiz, lafaz cerai tersebut dilakukannya menerusi aplikasi Whatsapp selepas mereka berdua buntu untuk mencari jalan penyelesaian.
Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, pelakon tersebut memberitahu bahawa dirinya tidak mengetahui mengenai tindakan yang dilakukan suaminya itu dan masih bingung dengan perkara tersebut sehingga sekarang.
Pulangkan saya dengan cara baik
Menurut Lufya, dia menerima andai perceraian merupakan jalan penyelesaian kemelut rumah tangga mereka berdua. Cuma, suaminya itu perlu menggunakan saluran yang betul untuk menceraikannya.
Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman. Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.
Tambahnya, dia langsung tidak mengetahui mengenai tindakan suaminya itu, kerana sehingga sekarang dirinya masih belum menerima lafaz cerai seperti yang didakwa dilakukan menerusi Whatsapp.
Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp. Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan, dakwanya yang akur jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka.
Perlu menjadi lelaki yang bertanggungjawab
Sebagai suami dan ayah, Lufya meminta suaminya itu melepaskan dirinya dengan cara yang baik, seperti menerimanya ketika berkahwin pada masa lalu.
Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini.
Lufya mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun. Pergolakan rumah tangga mereka berdua diperkatakan ramai, apabila pelakon itu memuat naik status yang mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.
Sumber: Berita Harian