Penyanyi dan komposer tersohor di Indonesia, Ahmad Dhani menegaskan bahawa dia melarang bekas vokalis kumpulan Dewa 19, Once untuk menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu.
Artikel Berkaitan: ‘Isteri Orang Jangan Suka Pegang-Pegang’ – Ahmad Dhani Dikecam Sentuh Belakang Badan Fazura
Artikel Berkaitan: Ahmad Dhani Tak Mungkir Janji, Masih Sara Enam Janda Sejak Lapan Tahun Lalu – ‘Saya Akan Menanggung Sehingga Anak Mereka Selesai Pengajian’
Bakal mengadakan konsert jelajah
Larangan Once untuk menyanyikan lagu-lagu Dewa 19 adalah kerana kumpulan itu sedang mengadakan konsert jelajah dan akan diteruskan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Saya mengumumkan bahawa saya secara khusus melarang Once untuk menyanyikan lagu Dewa 19 dan tidak sepatutnya ada konsert lain yang mengganggu konsert jelajah Dewa 19 ini.
Menurut Ahmad Dhani, larangan tersebut hanya terpakai kepada lagu ciptaannya untuk Dewa 19 sahaja. Bagaimanapun, lagu-lagu lain dibenarkan untuk dinyanyikan oleh Once.
Lagu-lagu yang saya ciptakan untuk T.R.I.A.D, Ahmad Band dan Reza Artamevia boleh dinyanyikan oleh Once. Larangan saya hanya khusus untuk lagu Dewa 19 sahaja.
Dalam pada itu, Ahmad Dhani juga menegaskan tentang isu royalti dengan berkata bahawa kewajipan membayar royalti bukanlah tanggungjawab penyanyi solo, tetapi ia adalah tanggungjawab penganjur.
Terdahulu, Once menerusi sebuah temu bual menjawab tuduhan bahawa pihaknya didakwa tidak membayar wang royalti kepada Ahmad Dhani semasa membawakan lagu-lagu kumpulan tersebut. Penyanyi itu menjelaskan bahawa isu berkenaan masih lagi dalam perbincangan.
Sumber: CNN Indonesia