berita

‘Saya Makan Sedap Tapi Adik-Adik Kat Rumah Tak Makan Lagi Dari Pagi’

September 8th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Mungkin ramai yang sedia maklum pada ketika ini kanak-kanak berusia 12 tahun sedang ‘berperang’ dengan peperiksaan penting iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ke peringkat yang lebih tinggi, sekolah menengah.

Kebiasaannya pada waktu seperti ini, mereka semestiya akan diberikan sokongan moral yang luar biasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Namun nasib yang sama tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak malang ini seperti yang dikongsikan Muhamad Khadir Abd Jalil di laman facebooknya Padaedi Sandakan.

Dah tiga bulan tak datang sekolah

Nama adik Putri. Semalam dapat berita dari kawan Mahjur Salleh adik ini sudah tiga bulan tidak hadir ke sekolah. Sehari sebelum UPSR adik ni datang ke sekolah memberitahu kehidupan sebenarnya dan sebab tidak datang ke sekolah selama 3 bulan kepada Guru Besar sekolah.

Jaga tiga orang adik yang masih kecil

Semalam juga saya sempat mengunjungi rumah adik ini dengan rakan-rakan yang lain. Rumah yang sangat usang kehidupan yang sangat daif adik ini terpaksa tempuhi, menjaga adik-beradiknya yang berumur 10 tahun, 3 tahun dan 2 tahun sampaikan tidak dapat datang sekolah.

Ditinggalkan ayah, emak pula hilang tanpa khabar

Adik ini memberitahu bapanya meninggalkan mereka, mamanya pula ke KL bekerja sudah berapa lama tidak ada khabar berita.

Tadi kelihatan Putri makan perlahan-lahan nampak macam tidak berselera, saya tanya Putri kenyang ka? Jawab Putri anu bang, Putri ingat dekat adik-adik di rumah. Putri makan sedap-sedap tapi adik di rumah mungkin belum makan dari pagi.

Fuuu hancur hati kuuu mendengar Putri bercakap, terpaksa pakai cermin mata supaya tidak kelihatan mata masuk habuk.

Bantu ambil dan hantar Putri ke sekolah

Banyak pesanan dan nasihat yang ku berikan buat adik Putri mudahan bermanafaat buatnya, dan kita menawarkan sepanjang UPSR berjalan. Kereta percuma ke hospital akan memberi perkhidmatan Putri hantar dan balik sekolah.

Mudahan usaha kecil ini boleh meringankan beban adik Putri seketika ini.

Kawan-kawan yang ingin mengulurkan bantuan boleh terus ke rumah adik putri depan masjid pengeran Galpam rumah kedua dari siring jalan bersebelahan warung makan.

Menerusi laporan mStar, Khadir merupakan pengusaha perkhidmatan ‘kereta percuma ke hospital’ di sekitar Sandakan.

Sumber: Facebook Padaedi Sandakan, mStar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×