berita

‘Saya Marah Bagaimana Dia Berasa Bangga Berjaya Bawa Watak Perogol’ – Dr Say

October 22nd, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Penularan video mengaibkan aktres Raja Farah telah mengundang rasa marah ramai orang selepas menonton. Bagaimanapun, Raja Farah menganggap isu berkenaan sudah selesai dan berharap agar perkara seperti itu tidak berulang kembali.

Artikel berkaitan: Mohon Henti Sebar Video, Khir Rahman Persoal Kenapa Hanya ‘Part’ Fauzi Nawawi Tersebar – ‘Saya Tak Pasti Kalau Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati’

Artikel Berkaitan: Bersungguh Minta Fauzi Cerita Watak Perogol, Netizen Gesa Shuk Sahar Diboikot Dari Industri – ‘Artis Macam Kim Seon Ho Pun Dah ‘Cancelled’

Artikel Berkaitan: Anggap Dah Selesai, Raja Farah Tak Mahu Panjangkan Isu – ‘Jiwa Saya Agak Tak Stabil Tapi Saya Okay’

Bagi gelaran bebal

Namun begitu, doktor selebriti, Dr Say tetap meluahkan rasa bengang dengan kejadian yang memalukan itu menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya.

Saya tertengok video temu bual seorang pelakon yang bercerita tentang babak dia berlakon sebagai perogol dan saya marah bagaimana dia berasa bangga dalam wawancara itu.

Bangga yang dia berjaya membawa watak perogol, bangga yang mukanya sesuai sebagai watak perogol, bangga bila diberi tugasan sebagai perogol dia jadi ‘lagi bersemangat’. Hos pun perangai dua kali lima siap minta pelakon itu ‘kalau boleh cuba terangkan satu-satu saya nak cuba bayangkan’. Bebal.

Cuba bayang kena dekat adik ke mak?

Tambah Dr Say, niat dia menyuarakan ketidakpuasaan hati adalah bagi menghentikan normalisasi gurauan rogol. Persoal Dr Say, bagaimana sekiranya ayat-ayat lucah itu ditujukan kepada ahli keluarga terdekat.

Dalam pada itu, Dr Say berharap agar kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran oleh semua orang untuk lebih berhati-hati sebelum bertutur.

Saya tidak berusaha untuk menjadi feminis di sini tetapi saya cuba mencegah normalisasi rogol atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Cuba bayangkan ayat-ayat sebegitu dilemparkan kepada adik korang atau kakak korang atau lebih teruk mak korang atau pun isteri korang. Biadap I must say.

Saya tahu pelakon itu dah minta maaf tapi biarkan ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk selalu berfikir sebelum berbicara. Kata-kata yang anda perkatakan hanya boleh dimaafkan tetapi tidak boleh dilupakan.

Terdahulu, aktor Fauzi Nawawi dikecam netizen berikutan pengakuan menyukai wataknya sebagai perogol.

Dalam rakaman bersama hos Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa menahan nafsu ketika melakukan adegan ‘panas’ bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Bagaimanapun, babak itu dibuang atas permintaan keluarga Raja Farah.

Sumber: Instagram @say_shazril

SKIP THIS AD ×