Minggu ini, nama pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, aktres Fatin Afeefa kembali menjadi bualan ramai selepas gagal mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka, Ivy Herra Sophia.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Untuk Bermusuhan, Hanya Mahukan Hak Sebagai Bapa’ – Adam Shahz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gunakan Akal Seolah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya’ – Suami Fatin Afeefa Tuju Dekat Adam Shahz?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Bertahun Menangis, Saya Layak Untuk Gembira’ – Fatin Afeefa
Saya bukan duda
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian warganet apabila aktor Adam Corrie yang diserbu netizen di media sosial. Tampil menjelaskan di Twitter, Adam Corrie menegaskan dia masih mempunyai isteri iaitu Fazima Fuad.
Susulan itu, pelakon drama Juvana memohon maaf dengan kekeliruan yang telah berlaku.
Assalamualaikum abang. Maafkan saya.
Pada Khamis lalu, Mahkamah Syariah Shah Alam menetapkan kes didengar semula pada 28 Februari ini.
Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.
Sumber: Twitter