Selepas 6 bulan berumah tangga, Watie Elite kini sedang keliru kerana dia masih belum bersedia untuk mengandung sedangkan kini kitaran haid bekas ahli kumpulan Elite ini sudah tidak menentu.
Namun begitu, Watie atau Norwati Sadali, 36, yang telah mendirikan rumahtangga bersama Joey Daud pada 22 Disember tahun lepas tidak akan menolak jika benar dia sudah hamil.
“Saya mula berasa pelik dengan kitaran haid yang tidak menentu kebelakangan ini. Saya masih belum datang haid lagi untuk bulan ini, sekali gus membuatkan saya berasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Jika tiada perubahan dalam masa sehari dua, mungkin saya akan lakukan ujian kehamilan. Kalau benar ada rezeki saya hamil, saya tidak akan tolak tetapi terus-terang saya belum bersedia pada tahun ini.” – Watie dipetik dari mStar Online.
Watie turut memberitahu bahawa Joey mahukan anak secepat mungkin namun dia memahami dengan kesibukan kerja Watie.
“Saya tidak merancang kehamilan. Malah, suami saya juga mahukan anak secepat mungkin tetapi dia memahami kesibukan saya pada tahun ini. Cuma, sebolehnya saya tidak mahu mengandung pada tahun ini, kalau boleh biarlah tahun depan. Namun, kalau sudah tertulis rezeki datang pada tahun ini, saya tidak keberatan menerimanya.”
Jika benar Watie sudah hamil, tahniah kami ucapkan dari OHBULAN! ya.
Sumber : mStar Online