berita

‘Saya Memang Berniaga’ – Disangka Kedai Makan Tapi Rupanya…

August 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kejadian tidak disangkakan oleh seorang pengayuh basikal yang dikenali sebagai Karbi Mominin selepas singgah di sebuah ‘kedai makan’. Dia yang mengayuh basikal dari Tasik Kenyir ke Kuala Berang pada Hari Raya Aidiladha itu singgah makan nasi dagang di ‘kedai’ berkenaan, dimiliki seorang warga emas. Malah, tidak sangka juga kedai makan itu merupakan rumah kepada seorang warga emas.

Memetik laporan Harian Metro, Karbi Mominin berasa malu apabila ingin membuat pembayaran setelah difahaminya ‘kedai makan’ itu adalah rumah kediaman. Bukan kedai makan yang disangkakannya.

Saya rasa pelik

Karbi Mominin menyangkakan rumah itu menjual nasi dagang dan terus memesan makanan berkenaan. Lebih memalukan lagi, apabila seorang wanita menyendukkan nasi buatnya.

Ketika itu ada dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang disangka ‘pelanggannya’. Ketika itu mereka pun tidak berkata apa-apa, tambahan saya pula jenis yang suka bercakap dan banyak bercerita dengan anak pemilik rumah itu. Namun, saya mula rasa pelik apabila makcik itu menghantar secawan teh tarik sedangkan saya tidak memesannya.

Rumah saya memang kedai

Mok Ngoh Nas merupakan seorang warga emas yang menjadi pemilik kepada kedai makan berkenaan menyifatkan kemungkinan lelaki itu tidak memahami loghat Terengganu sehingga dia salah faham. Warga emas itu juga terkejut apabila pemuda tadi ingin membuat pembayaran setelah usai menjamah nasi dagang yang disediakannya.

Saya memang berniaga cuma pada hari itu saya tak berniaga. Maklumlah Hari Raya pertama. Rumah saya memang kedai malah lebih 50 tahun sudah berniaga nasi dagang, nasi lemak dan nasi kebuli pada hari biasa.

Cuma pada hari perayaan saya tidak berniaga dan menjamu orang ramai yang bertandang ke rumah dalam kedai berkenaan.

Mungkin sebab suasana kedai yang membuatkan dia berhenti dan makan seterusnya ingin membuat bayaran. Saya juga terkejut apabila dia ingin membayar selepas makan.

Tidak tahu berita tular

Berita viral yang disampaikan cucu dan anak-anak Mok Ngoh Nas ini juga menyebabkan dia terkejut. Malah, dia lebih mengalukan kedatangan ramai lagi pelanggan ke kedainya.

Kebetulan pada hari raya pertama Aidiladha, saya sediakan nasi dagang sebagai menu utama dan menjadi rezeki lelaki berkenaan. Saya tidak tahu menahu pasal berita yang tular di media sosial itu sebelum diberitahu cucu dan anak-anak.

Kelakar juga apabila diberitahu cucu mengenai perkongsian itu namun saya tidak marah malah mengalu-alukan kedatangannya lagi ke kedai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×