Beberapa minggu yang lalu, penyanyi Haqiem Rusli mempunyai perselisihan faham dengan salah seorang penyanyi senior dalam industri. Namun, persengketaan tersebut telah dikatakan selesai apabila dia memohon maaf secara peribadi dengan penyanyi senior itu.
Dia juga meminta netizen untuk berhenti melemparkan kecaman terhadap dirinya. Terbaru, penyanyi Jatuh Bangun ini mengumumkan keputusan untuk berhenti dari industri muzik. Adakah Haqiem Rusli terguris hati dengan beberapa kontroversi yang lepas sehingga membuat keputusan untuk berhenti?
Saya akan beritahu jawapan
Pengumuman penting kepada semua, dah lama saya tunggu saat ini, dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat. Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik, BERHENTI atau TIDAK, pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya. Banyak perkara yang berlaku apabila saya di dalam industri muzik, mereka yang bercakap senang, tapi saya yang rasa sakit dan perit. Buat masa sekarang saya mahu berehat dari SOCIAL MEDIA, dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH, mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi, mungkin., kerana 70% peratus sudah diri saya mengatakan ia,tapi apa-apa boleh berlaku, Kepada qiemilio jangan marah saya, sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini, bukan depress je, macam-macam lagi. Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. Tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY. Keputusan akan diberitahu.
Segala posting dan foto Haqiem telah dipadamkan dari laman Instagram. Diharap Haqiem membuat keputusan yang bijak demi industri muzik tanah air dan peminat yang setia menyokong. Mungkin ini definisi disebalik lagu Jatuh Bangun.
Sumber: Haqiem Rusli