Selain lakonan, pelakon yang juga isteri kepada Fattah Amin, Fazura turut melebarkan sayapnya dalam bidang seni suara. Beberapa single antaranya Sayangi Dirimu dan Hancur Aku mendapat perhatian peminat muzik tempatan sekaligus membuktikan bakat serba boleh dimilikinya.
Artikel berkaitan: ‘Anda Kena Berhenti Menyanyi’ – Jadi Rakan Duet Anggun, Fazura Dikritik Peminat Indonesia?
Namun kolaborasinya bersama Anggun dalam lagu The Good Is Back bersama penyanyi Indonesia, Anggun mengundang respon negatif peminat artis Indonesia.
Duet proses belajar, seronok dengan Anggun
Antara teguran pedas yang ditinggalkan pada video dimuatnaik saluran Youtube Anggun itu adalah meminta Fazura berhenti menyanyi. Namun suri hati Fattah Amin ini tidak melatah dan membuatnya putus asa untuk terus menyanyi di masa hadapan.
Katanya, dia menerima komen tersebut sebagai komen membina dan menganggap duetnya bersama Anggun itu sebagai proses belajar.
Saya sedia menerima kritikan daripada peminat. Saya mengaku tidak setanding dengan Anggun tapi saya dah buat yang terbaik dan sangat seronok bekerja dengannya.
Terima cabaran sebab minat Anggun
Tambahnya lagi, apa sahaja komen yang diterimanya bukanlah satu sebab untuk terkesan namun cara bagi belajar kesilapan. Dari situ dia boleh membuat lebih baik di masa akan datang. Dia juga menjelaskan, duet dengan Anggun dibuat kerana minat dengan penyanyi itu telah lama dipendam.
Kritikan dan komen adalah sesuatu yang bagus untuk saya bagi saya belajar kesilapan dan memperbaiki kekurangan.
Saya terima cabaran kerana saya sangat meminati Anggun. Cabaran yang saya buat ni buat saya makin berani melangkah lebih jauh.
Sumber: New Straits Times