berita

Saya Minta Maaf Bagi Pihak Mawar dan Fareeda – Fizo Omar Jawab Isu Sindir Pelanggan

May 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC Rafflesia Trip To Barcelona With Celebrities-14

Rasanya tak perlu kami beritahu lagi kontroversi mengenai admin Mawar Fareeda Fanpage yang dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya hingga pihak pengurusan terpaksa tampil memohon maaf.

Namun, belum lagi reda isu tersebut, sekali lagi admin fanpage tersebut menimbulkan kemarahan pelanggan kerana telah membalas komen dengan nada seolah-olah memerli.

Sedar dengan perkara tersebut, Fizo Omar sendiri tampil dan memohon maaf diatas keterlanjuran kata admin fanpage berkenaan.

PC Rafflesia Trip To Barcelona With Celebrities-71

Fizo ketika ditemui di sidang media Rafflesia Trip To Barcelona With Celebrities berkata pihaknya sudahpun mengambil tindakan keatas admin berkenaan dan memberi jaminan bahawa perkata itu tidak akan berulang kembali.

Saya minta maaf dari pihak Mawar dan Fareeda. Bagi saya kesalahan tetap kesalahan, tapi kami akan pastikan ia takkan berulang lagi.

Sebenarnya, admin terdiri dari beberapa orang staff, kami sudahpun mengambil tindakan dan menegur mereka. Mungkin ketika itu admin emosi akibat hentaman dari musuh-musuh dalam perniagaan

Fizo turut menjelaskan, ada pihak yang sanggup membuat akaun palsu semata-mata untuk memburukkan Fareeda dan secara tak lansung memprovok admin hingga ada yang terlalu emosi ketika membalas komen.

Apabila diminta mengulas mengenai kes saman pihak Fareeda keatas rekaan tudung mereka yang telah diciplak, Fizo berkata pihak Fareeda tidak akan menyaman individu-individu tersebut dan mereka hanya akan berdepan dengan saman dari KPDNKK sahaja.

Kami memang tidak menyaman siapa-siapa pun. Mereka berhadapan dengan saman dari pihak Fareeda dan kerajaan (KPDNKK) cuma pihak kami tak saman. Ia kebaikan kepada mereka juga.

Tindakan sebelum ini adalah untuk merampas supaya mereka menghentikan kerja tersebut, kami tak failkan saman, cuma mereka kini tunggu mahkamah jatuhkan hukuman dari pihak KPDNKK kerana meniru dan menjuan benda tiruan.

Artikel Berkaitan: Rekaan Tudung Fareeda Diciplak, Isteri Fizo Omar Adakan Sidang Media Rampasan Produk Tiruan

Menyentuh perkembangan terbaru, bekas peserta Hero Remaja ini, kini sedang meluaskan lagi perniagaan burger dan kini sudah memiliki lebih 150 gerai burger di beberapa buah negeri dan bakal memperkenalkan Hotburger Cafe dan Hotburger Mobile tak lama lagi.

SKIP THIS AD ×