berita

‘Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Polis’ – Asri Janggut

August 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Asri Hamid didakwa membuat satu pendedahan berhubung aktiviti penjualan rokok seludup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Artikel berkaitan: SPRM Pandang Serius Video Viral, Ambil Tindakan Pegawai Lindung Aktiviti Haram

Video yang dipercayai dirakam Mohd Asri itu telah menimbulkan kontroversi apabila dia mendakwa pihak berkuasa berat sebelah dalam urusan penyitaan premis perniagaan. Terbaru, menerusi Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), lelaki itu membuat permohonan maaf.

Tidak mahu tunding mana-mana pihak

Menerusi video siaran langsung selama 51:58 saat itu, Asri memberitahu dia tidak menyangka pendedahannya itu akan menarik perhatian umum kerana dia hanya berkongsi masalah sebenar yang berlaku di kawasan berkenaan.

Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah. Kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf. Lillahi Taala (kerana Allah), saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.

Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA ‘kacau’ kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rokok seludup dan judi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup. Saya meminta polis datang dan periksa pusat judi bebas dibuka. Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian dibuka semula.

Asri ditemani ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika sidang media tersebut berlangsung. Tambahnya, dia terkilan apabila premis judi masih beroperasi walaupun aduan sudah dibuat kepada polis. Ujarnya lagi, aduan tersebut dibuat di Bahagian Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi panggilan telefon.

Tolong henti kecam polis

Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan (tiada tindakan) sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka. Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi kontroversi. Dia berharap masyarakat tidak mengecam pihak polis.

Bagaimanapun, Asri meminta masyarakat untuk berhenti mengecam pihak polis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjudian atau aktiviti lain yang tidak bermoral. Sementara itu, ketua aktivitis PPIM itu berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam isu itu. Asri juga turut memuat naik foto bersama Ketua Polis Negara.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×