berita

‘Saya Minta Maaf Malaysia’ – 6 Jam Tak Sedarkan Diri, Pesilat Negara Luah Rasa Hiba

December 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Impian Malaysia untuk mempertahankan pingat emas dalam acara silat bagi kategori Kelas B Putra pada Sukan SEA Filipina tidak kesampaian apabila pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Selepas 3 hari insiden malang itu berlaku, Faizul pada hari ini telah dibenarkan keluar daripada hospital dan boleh memberi sokongan kepada rakan seperjuangannya Zulfazly Zulfakar yang akan turun dalam acara final tanding putra kelas D, hari ini.

Terbaru, Faizul telah memuat naik satu status di laman Facebooknya bagi meluahkan rasa hiba berhubung kejadian hitam yang telah menimpanya itu.

Sedar lepas MRI test

Mohon maaf kerana tidak jadi sebagai penyumbang pingat untuk SEA Games kali ini. Aku bukanlah atlet yang boleh dibanggakan dan juga Team Capten yang bagus. Siapa tidak kecewa apabila tidak dapat meneruskan perlawanan yang tiba tiba “BLACK OUT”. 6 jam guys, 6 jam tak sedarkan diri. Kalau team medical Filipina lambat lagi tak tahu la jadi apa kat aku ni.

Sedar-sedar je lepas MRI di hospital yang ketiga. @scheekeong dan DCDM Pn Nurul Huda yang ada pada ketika itu. Mereka uruskan semua di hospital dengan baik termasuk isteri dan mak mentua diberikan semua kelengkapan kerana sangat jauh dari hotel asal.

Yang lain masih meneruskan perjuangan di tempat pertandingan kerana masih ada pesilat Malaysia yang berlawan. DCDM ada tanya ‘ada apa-apa yang awak mahu saya tolong’?.

‘Saya tak perlukan apa-apa, saya hanya nak minta maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara dan menyokong rakan seperjuangan saya sekarang’. Mungkin dia tahu apa yang saya rasa dan beliau menangis. Saya minta maaf DCDM.

Misi saya gagal

Buat CDM Datuk @megat.zulkarnain.omardin dan En Jefry my mission was failed. Saya tak boleh buat apa-apa, saya hanya mahu cepat sembuh dan sokong rakan saya @zulfajly pada aksi final nanti. Sorry coach @alutsempoi and Cikgu Mazlan.

Alhamdulillah, doktor izinkan saya untuk discharge awal untuk saksikan pemenang baru SEA Games dari Malaysia. Tolong doakan beliau dan hanya beliau sahaja pesilat dari Malaysia yang berjaya ke final untuk menentang Indonesia.

Sekali lagi, terima kasih untuk semua doa yang dan mereka yang melawat saya di hospital, saya sangat hargai walaupun ia dari Facebook ataupun Instagram. Ia sangat penting buat saya.

Kepada emak, abah dan keluarga. Jangan risau kerana anak kamu sudah semakin sembuh. @partinisarikinsari and Mak @rosinahjan akan jaga saya. Jumpa nanti.

Saya minta maaf Malaysia.

Sumber: Facebook Faizul Nasir

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×