berita

‘Saya Minta Maaf’ – Young Shefura Dikompaun Langgar SOP PKPB, Netizen Desak Letak Jawatan

November 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, YB Young Syefura menerima kecaman yang hebat daripada netizen apabila beliau gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Susulan daripada kes tersebut, beliau sudah tampil ke balai polis bagi memberikan keterangan.

Artikel Berkaitan: Siap Pergi ‘Picnic’ Semasa PKPB & Tak Pakai Mask, Young Syefura Didesak Letak Jawatan

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Syefura mengesahkan telah menerima arahan untuk membayar kompaun akibat melanggar SOP PKPB baru-baru ini.

Dikenakan kompaun

Syefura menjelaskan, akan membayar kompaun yang dikenakan dalam masa yang terdekat. Tambahan pula, kes tersebut juga dianggap telah selesai oleh pihak polis.

Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang.

Tidak berakhir di situ, beliau sekali lagi telah memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas apa yang telah terjadi. Syefura mengesahkan perkara tersebut semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbelanjaan pada persidangan Dun Pahang semalam.

Langgar SOP

Terdahulu, Syefura dikecam apabila memuat naik sekeping gambar sedang ‘berkelah’ di Avani Sepang GoldCoast Resort. Gambar tersebut meraih kecaman netizen, kerana kesemua individu yang berada di dalam gambar tersebut, tidak memakai pelitup muka, dan tidak ada sebarang penjarakan sosial antara mereka yang sepatutnya dipraktikkan.

Tambahan pula, sebelum ini beliau ‘aktif’ mendesak ahli politik yang lain untuk meletakkan jawatan apabila mereka melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kenapa tak letak jawatan?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seolah-olah ‘mendesak’ Syefura untuk meletakkan jawatan susulan pelanggaran SOP yang dilakukan olehnya.

Selain itu, terdapat juga komen yang meminta supaya pihak berkuasa bersikap adil kepada semua tanpa mengambil kira jawatan dan latar belakang seseorang itu ketika mengenakan kompaun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×