Gara-gara dihujani kecaman warganet yang berbur sindiran, penyanyi Syada Amzah tampil bersuara berhubung dakwaan dia tidak pernah membanting tulang untuk menyara diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Netizen Desak Syada Amzah Cari Kerja & Berhenti Canang Aib Keluarga – ‘Dah La Kakak Tanggung, Banyak Bunyi Pula’
Artikel Berkiatan: Netizen ‘Back Up’ Shila Amzah – ‘Adik Beradik Bukannya Budak Lagi, Takkan Tanggungjawab Masih Di Bahu Kakak?’
Sara diri sejak 15 tahun
Tidak berdiam diri, penyanyi Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah menepis dakwaan warganet yang menyatakan bahawa dia hanya mengharapkan hasil pendapatan daripada kakak sulungnya iaitu Shila.
Menerusi tinjauan OhBulan!, penyanyi berusia 25 tahun itu tampil membidas komen warganet yang mendesaknya untuk mencari kerja.
Salah adik nak serang ni. Saya mula bekerja semenjak usia 13 tahun, sara diri sejak 15 tahun.
Betul-betul rasa kelakar baca komen, post penyata bank kata riak pula.
Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.
Susulan itu, Syada memaklumkan bahawa dia sedang mencari rumah sewa untuk keluarganya.
Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.
Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa pelantun lagu Patah Seribu itu bertindak sedemikian kerana wang.
Sumber: TikTok Syada Amzah