Pelakon, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi prosiding pengesahan lafaz cerai kira kira jam 9.45 pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: ‘Carikan Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya’ – Isteri Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia
Alhamdulillah sihat
Hafidz yang mengenakan baju berona merah dan putih tiba di mahkamah dengan ditemani bapa saudaranya.
Alhamdulillah sihat. Selepas perbicaraan saya akan maklumkan yang seterusnya.
Hari ini saya macam ngantuk-ngantuk sikit.
Pada 27 Februari lalu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Terdahulu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.