berita

‘Saya Patut Dengar Cakap Paul Moss, Idzham Omar & Siti Nurhaliza – Radhi OAG Nyatakan Kekesalan

March 14th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

12141997_803342046449644_1660978708_n

Siapa yang tak mengenali kumpulan rock alternatif, OAG yang satu masa dulu sangat popular dengan lagu ’60’s TV’ yang berjaya melonjakkan nama mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. Malah, lagu hits mereka seperti PerMysuri, Slumber, Generasiku, dan Merpati Putih masih lagi menjadi bahan siulan anak-anak muda sehingga kini.

OAG sememangnya mempunyai potensi yang sangat besar pada masa itu kerana muzik yang dibawa lain dari yang lain. Jom ikuti temubual ekslusif antara Juiceonline.com dan Radhi OAG dalam artikel berjudul: Wanna Bee Radhi – Staying Afloat With Radhi-O

 Saya dah penat jadi hamba dadah…

12501988_1541007249548068_1759477147_n

“Saya mula terlibat dengan heroin pada tahun 1994, apabila kawan saya memperkenalkan heroin.  Pada masa tu saya terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat macam kumpulan-kumpulan rock yang jadi idola saya. Saya nak jadi hebat macam dorang, hebat dalam penulisan lagu dan muzik yang berkualiti…”

“Kurt Cobain ialah salah seorang artis pujaan saya. Saya terlalu mengikut falsafah dan gaya hidup dia. Saya sangat muda dan tidak matang. Pada saya heroin hanyalah ubat yang boleh buat saya segar dan bersemangat. Sehinggalah saya ketagih…”

Saya tak datang interview dan recording. Saya suka menyendiri…

oag

“Saya lebih suka menyendiri, saya dah nampak kesan dadah tu kat saya. Saya tak datang interview, tak datang recording. Saya bergaduh dengan semua orang termasuk lah Paul Moss dan Idham Omar. Saya tak suka jumpa keluarga. Saya melepaskan peluang untuk buat show di London. Melody Mocker pun ambil masa dua tahun untuk disiapkan sebab saya sangat ketagih.”

“Bayangkan berapa banyak duit yang saya dah habiskan. Dah terlambat pun nak menyesal…”

Dadah merosakkan hidup saya.. Saya patut dengar nasihat mereka…

Dengan nada kesal Radhi mengimbau kembali betapa ruginya dia sebab  melepaskan peluang berada satu pentas dengan Siti Nurhaliza di Indonesia.

“Kalau saya dengar cakap Paul Moss, Idham Omar dan Siti Nurhaliza, saya mungkin dah jadi artis no. 1 mengalahkan Siti pada waktu itu. Mungkin saya tak seperti sekarang. Saya dilahirkan di Sibu, dibesarkan di Sarawak dan fucked up di KL. Siti pernah mahu membawa saya mengikutinya tour sebanyak dua kali. Tapi saya melakukan kesilapan besar dimana saya terlepas kedua-dua flight tersebut”

“Kata Siti saya rugi sebab lepaskan peluang tu sebab saya ada potensi besar di Indonesia. Malah Siti ada bagi sejumlah wang untuk saya siapkan lagu yang tertangguh. Namun, sampai ke hari ini lagu itu masih belum siap. Saya berjanji akan menyiapkan lagu itu dan menyelesaikan hutang Siti. Lagu tu mungkin bukan lagu yang sama tapi mungkin kita boleh berduet?”

Menurut Juiceonline.com, mereka percaya OAG masih berpeluang untuk melakukan ‘comeback’ setelah mendengar beberapa buah lagu preview OAG dalam Bahasa Inggeris. Pada mereka, Radhi sangat kreatif dalam penulisan lirik serta mempunyai kelainan tersendiri dalam mencipta lagu.

Begitulah pengakuan dari Radhi OAG mengenai kisah gelap hidupnya. Diharapkan semoga Radhi cekal dan teguh dalam menempuh kehidupan seperti lelaki yang normal. Bukan senang untuknya keluar dari lembah tersebut. Namun demi anaknya, dia harus berubah.

sumber : Wanna Bee Radhi – Staying Afloat With Radhi-O

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×