Pengarah dan pelakon Ellie Suriati pernah mengejutkan ramai pihak apabila muncul di Mahkamah Kuala Lumpur bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dia juga menjerit perkataan ‘Bebas Najib’ sebagai tanda sokongan buat bekas Perdana Menteri itu.
Artikel berkaitan: ‘Bebas Najib, Bebas Najib!’ – Laungan Ellie Suriaty Bergema Di Mahkamah Tinggi
Menurut Sinar Online, Ellie Suriati tegas menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Najib dan dia memilih untuk menjadi pejuang untuk orang Melayu serta agama Islam.
Berani kerana benar
Orang cakap saya makan dedak, orang cakap saya tak laku, orang cakap macam-macam. Bagi saya itu orang cakap. Perjuangan itu harus lebih dari orang cakap dan saya memilih untuk menjadi pejuang kerana prinsip berani kerana benar.
Kenapa saya sokong Datuk Seri Najib sedangkan beliau berhadapan dengan perang persepsi sejak bertahun-tahun lalu. Saya letak tengkuk saya menyokong orang yang ditembak hidup-hidup, namun saya percaya dengan prinsip berani kerana benar.
Dia percaya perjuangan ini penting untuk kepentingan anak bangsa Melayu dan generasi akan datang. Tambahnya pula, semasa Malaysia diperintah Umno, dia tidak banyak berjuang dalam hal politik sebaliknya hanya fokus kepada hasil karya seni.
Tetapi benar kata Datuk Seri Najib, apabila Umno tidak berkuasa, orang-orang Melayu dan agama Islam akan tercabar… Orang Melayu bakal jadi bangsat di negara sendiri. Bagi saya Umno bukanlah parti rasis tetapi Umno sebuah parti yang menjaga perpaduan kaum… bila hak sama rata ini dikempenkan ini sama sekali tindakan tidak baik untuk membina negara yang mencintai sesebuah negara.
Umno parti keramat
https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/10156726908834883/
Dia juga memikirkan nasib orang Melayu dan apa yang bakal berlaku terhadap orang Melayu di negara sendiri selepas kekalah parti Barisan Nasional dalam PRU14 lalu.
Saya ingin menyentuh tentang kempen sama rata PH, saya sangat gusar dengan hak sama rata… kedengarannya memang lunak tetapi ia bakal memecah-belahkan kaum atas kehendak sama rata ini. Rakyat harus tahu apa sebenarnya hak sama rata.
Atas dasar kesedaran nasib Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, saya masuk Umno kerana itu adalah parti keramat. Saya kaji parti-parti lain dan kaji sosok pemimpin. Saya pelik orang panggil saya rasis. Ketirisan hak melayu berlaku setiap hari.
Sumber: Sinar Online