Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil bersuara dengan mendedahkan anak angkatnya, Musa dibawa keluar dari rumahnya tanpa keizinannya ketika dia dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja pada Disember tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Akur Keputusan Mahkamah, Serah Musa Kepada Mizz Nina – ‘Betapa Hancurnya Hati Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Tahu Kami Dilarang Memuat Naik Gambar Musa Di Media Sosial’ – Noh Salleh Minta Maaf Dengan Athira
Tiga minggu berjauhan dengan Musa
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mizz Nina sebagai ibu susuan kepada Musa merasakan tindakan itu sebagai satu pengkhianatan dan menyebabkan dirinya terpaksa berjauhan selama tiga minggu.
Musa dibawa keluar dari rumah ketika saya dalam perjalanan ke Tokyo. Bila mendarat, saya diberitahu Musa sudah dibawa keluar dari rumah oleh pengasuh yang diambil bekerja sepenuh masa.
Semua ini terjadi ketika saya atas kapal terbang, tanpa keizinan dan pengetahuan saya. Bayangkan perasaan saya ketika mendarat? Dari situ, saya terbang pulang ke Kuala Lumpur dan dapat tahu Musa bersama bekas suami.
Lebih tiga minggu saya tidak tahu di mana Musa berada. Boleh bayangkan anak berusia dua tahun dibawa keluar dari rumah, ia suatu yang memberikan kesan trauma kepada Musa. Saya sangat tertekan dalam tempoh itu.
Sengaja tunggu saya tiada di Malaysia
Tegas Mizz Nina, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa bekas suaminya, Noh Salleh bertindak memanipulasi, merancang serta tidak jujur dalam perkara ini.
Kata penyanyi ini, dia mempunyai semua dokumen sah berkaitan Musa dan merupakan penjaga sah.
Saya sangat risau akan keselamatannya, ibu bapa saya dan semua orang. Ia adalah satu pengkhianatan. Jadi, satu-satu caranya untuk mendapatkan Musa kembali dengan menggunakan saluran undang-undang.
Kami mempunyai dokumen lengkap dan segala yang berkaitan syariah. Disebabkan itu, saya mendapatkan perintah mahkamah dan Alhamdulillah, saya dapat Musa semula.
Namun jadi persoalan, mengapa dia (Noh Salleh) tidak mengambil Musa dengan cara betul dan sah di sisi undang-undang.
Sebab dia tidak mempunyai dokumen lengkap dan memilih cara yang salah dengan merancang serta menunggu saya tidak berada di Malaysia untuk mengambil Musa.
Memanipulasi, merancang dan tidak jujur, tapi tiada siapa tahu semua ini.
Bagi saya, kesihatan dan keselamatan Musa sangat penting. Sebab ia menyebabkan trauma apabila anak kecil dibawa keluar dari rumah selama lebih tiga minggu.
Saya mempunyai hak menjaga Musa mengikut undang-undang. Musa sememangnya di bawah jagaan saya dan bekas suami pun tahu semua itu.
Dalam pada itu, Mizz Nina berkata dia terpaksa bersuara kerana ingin menegakkan kebenaran bukan sengaja untuk membuka aib mana-mana pihak.
Saya rasa ramai kenal saya seorang yang sangat menjaga privasi. Saya memang tak akan keluarkan kenyataan.
Boleh tengok kehidupan saya, walaupun selepas saya bercerai dengan bekas suami, saya tak buka aib dan tak cerita apa-apa.
Untuk mengeluarkan kenyataan ini, bermakna perkara salah sudah berlaku sebab saya tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan.
Saya tak pernah buat benda macam ini, saya keluarkan fakta ini untuk anda fikirkan.
Saya percaya bekas suami tunggu saya tiada di Malaysia dan merancang semua ini. Dia boleh melakukan dengan cara betul sebelum melakukan perkara ‘gila’ ini, tapi dia tak buat.
Sumber: Instagram