Pelakon Nadia Brian mendedahkan pernah menjadi mangsa buli siber sehingga dirinya pernah digelar ‘ahli neraka’.
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Nafi Percutian Ditaja VVIP, Sunyi Belum Jumpa Jodoh
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mahu Jadi Penyondol, Janji Single’ – Nadia Brian Tak Kisah Dijodohkan Dengan Duda Ada Anak
‘Bila kita kena buli, janganlah kita pula yang buli orang lain’
Memetik laporan Harian Metro, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi akui bahawa jenayah buli siber adalah isu yang serius kerana ianya bukan sahaja menganggu emosi malah turut menjejaskan mental seseorang.
Saya pernah menjadi mangsa buli siber ketika bercerai dulu. Paling keterlaluan, saya pernah digelar ‘ahli neraka’ dan macam-macam lagi saya terima.
Saya rasa perkara itu tidak perlu kerana percakapan yang terlalu kasar boleh mengganggu emosi seseorang. Saya terima komen sebegitu, tapi saya hanya balas dengan cara yang positif dan bukan dalam keadaan marah.
Tapi, kalau kata-kata diberikan terlalu aib dan teruk sehingga membabitkan keluarga saya, saya akan mesej terus dan beri amaran. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada yang teruk begitu.
Dalam pada itu, Nadia memberitahu salah satu cara yang dilakukannya untuk menangani daripada jenayah buli siber adalah dengan tidak membaca komen-komen negatif atau menyekat akaun individu yang terlibat.
Kadang-kadang saya akui, memang saya pun baca komen. Tapi sekarang saya sudah tapis. Kalau dulu, saya tak boleh kalau terbaca komen-komen negatif, sekarang dah lain sebab saya dah tak kisah dan tak beremosi.
Pada saya, menyekat sesuatu akaun yang mengganggu ketenteraman kita tidak menjadi masalah. Lagipun memang ada pilihan untuk kita berbuat demikian di mana-mana platform media sosial. Saya rasa itu adalah hak individu dan harus jaga emosi.
Sementara itu, Nadia berharap agar mangsa-mangsa buli siber diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan masing-masing.
Jadi, kepada anak-anak muda yang hatinya begitu rapuh, kuatkan semangat dan jangan terlalu memikirkannya. Orang akan terus bercakap, tapi selagi kita tahu diri sendiri, kita teruskan perbaiki diri.
Kepada pembuli-pembuli siber, hentikanlah sebab anda takkan dapat apa-apa pun.
Kebanyakan orang sebegini, mereka juga sebenarnya dibuli. Bila kita kena buli, janganlah kita pula yang buli orang lain.
Sumber: Harian Metro