Selain penagih dadah dan pesakit HIV, pesakit mental juga sering kali dipandang serong oleh masyarakat. Hal ini berikutan stigma masyarakat yang menganggap golongan ini tidak waras dan kurang siuman. Masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap golongan ini dan cuba memberi mereka peluang untuk diterima masyarakat.
Menerusi perkongsian Nimelesh di Twitter, dia menceritakan kisah di mana dia menjaga seorang pesakit mental yang semakin stabil kerana tidak pernah terlepas untuk mengambil ubat yang diberikan. Pesakit tersebut turut meluahkan rasa sedih apabila orang sekeliling tidak menerima dirinya kerana keadaan dirinya yang diklasifikasikan sebagai pesakit mental.
Pesakit mental hidup macam orang lain
Bagi Nimelesh, sebagai seorang doktor, dia menafikan pandangan masyarakat yang berpendapat bahawa pesakit mental ini tidak siuman sehingga tidak mampu untuk menjalani hidup biasa seperti orang lain.
Syukur mampu tunaikan tanggungjawab
Menurutnya, dia bertemu dengan seorang pesakit yang dalam keadaan semakin stabil kerana pesakit tersebut berdisiplin dalam memakan ubat dan sentiasa hadir ke klinik untuk pemeriksaan lanjut pada masa yang ditetapkan.
Pesakit tersebut mempunyai anak yang telah menjangkau usia 23 tahun, dan dia bersyukur kerana anaknya tidak berpenyakit sepertinya. Walau bagaimanapun, dia turut bersyukur kerana dia masih mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebgai seorang muslim.
Pesakit tidak pernah lupakan solat
Tambahnya lagi, pesakit-pesakit ini mampu melihat hikmah di sebalik musibah penyakit yang dialami mereka. Kebanyakkan dari mereka lebih mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim berbanding dengan masyarakat yang normal. Justeru itu, persepsi masyarakat terhadap mereka perlu diubah agar golongan ini mampu diberi layanan yang setara dengan orang normal.
Tepuk dada, tanya iman
Sumber: Nimelesh