Selain menerima pelbagai kritikan dan persepsi tidak elok daripada masyarakat, penyanyi dan pelakon, Baby Shima mendedahkan dirinya turut pernah menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.
Artikel berkaitan: Janji Tak Buat Lagi, MP Pas Mohon Maaf Kepada Baby Shima
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bangga Dapat Kad Pengenalan Indonesia, Baby Shima Sekali Lagi Dikecam Netizen
Diugut bunuh
Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, dia bagaimanapun enggan mengambil serius mengenai perkara tersebut. Ini kerana, sekiranya dia berasa takut, dikhuatiri akan mengganggu kerjaya seni sekali gus memberi kesan kepada sumber pencarianya.
Saya sudah terbiasa dimarahi dan dimaki oleh segelintir masyarakat tanpa sebab, jadi saya maklum bukan semua orang menyukai kita. Jadi, saya sudah bersedia dengan kemungkinan itu.
Biarpun pernah menerima ugutan bunuh dan sebagainya, namun saya enggan terlalu ambil serius mengenai perkara itu. Jika tidak bagaimana saya hendak mencari rezeki seandainya terlalu takut kan?
Justeru, pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu menjelaskan dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati setiap kali keluar dari rumah.
Oleh itu, saya mengambil pendekatan lebih berhati-hati jika ke mana-mana. Insya Allah, tidaklah sehingga ada yang ingin ke tahap ingin mencederakan saya.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita)