berita

‘Saya Rasa Berdosa Sekiranya Tak Bantu Mangsa Kezaliman Ini’ – Firdaus Wong

October 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerima pelbagai kecaman daripada warganet susulan pendedahan video sumpah laknat yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang pendakwah popular.

Artikel berkaitan: Nafi ‘Sibuk’ Buat Kerja Polis, Firdaus Wong Bersumpah Tiada Masalah Peribadi Dengan Pendakwah Terkenal

Artikel Berkaitan: Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Dipercayai Abang Mangsa Serangan Seksual Pendakwah Terkenal

Terbaru, Firdaus Wong telah tampil dalam sebuah program di TV9 iaitu ‘Sembang Viral’ yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bagi menjawab segala persoalan berhubung isu fitnah atau kebenaran.

Saya takut azab Allah

Menerusi episod bahagian 1 ‘Sembang Viral’, Firdaus Wong mengaku bahawa dirinya seorang yang penakut apabila ada individu datang dan mengadu kepadanya mengenai isu kezaliman. Pada masa tersebut juga, beliau risau sekiranya tidak mampu menghulurkan bantuan.

Saya rasa berdosa dan tidak tahu nak jawab apa di akhirat sana sekiranya tidak membantu mangsa-mangsa kezaliman ini. Saya takut azab Allah daripada kejian mahupun hinaan manusia. Buat pengetahuan semua, bukan semua mangsa mengadu kepada saya. Saya ada ramai kawan aktivis dan mereka datang kepada saya untuk minta kerjasama sebaik sahaja mendapat aduan daripada mangsa. Oleh itu, pihak saya akan membantu.

Disoal mengenai sama ada beliau risau ataupun tidak dengan kecaman netizen, Firdaus Wong memberitahu yang dirinya sudah lali dengan perkara tersebut. Tambahnya, setiap individu tidak boleh kawal sesuatu hal yang di luar kawalan. Oleh itu, kawal apa yang boleh sahaja seperti tidak mendengar mahupun membaca komen-komen cacian tersebut.

Saya maafkan mereka

Dalam hati saya maafkan mereka dan saya kasihan dengan mereka. Walaupun ada yang suruh saya keluar daripada agama dan masuk semula ke agama yang sebelum ini, saya tetap maafkan semua.

Selain Firdaus Wong, Prof Madya Dato Dr Izhar Ariff turut diundang sebagai tetamu bagi episod tersebut. Jelas Dr Izhar, setiap isu jenayah yang melibatkan salah guna perlu diambil tindakan dan perlu dikaji terlebih dahulu bagi mendapatkan fakta yang kuat. Sekiranya tidak berjaya memperoleh fakta, perkara tersebut boleh timbul fitnah.

Saya tak setuju kalau disebarkan kepada netizen, beza dengan PDRM yang memaklumkan. Sebab, pihak PDRM akan buat analisis terlebih dahulu. Takut video tersebut di edit atau sebagainya. Kalau benda tu sifat peribadi dan contoh Rosyam Nor suka cium dinding, saya rasa tak payah heboh kepada semua dan itu dikira aib.

Di akhir program tersebut, Rosyam Nor bertanya kepada Firdaus Wong kenapa beliau mengambil isu ini sebagai suatu yang serius. Jelas Firdaus, kebanyakan mangsa tidak tahu tatacara yang betul. Bahkan, pihaknya mempunyai bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Sumber: TV9

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×