Susulan pendedahan video sumpah laknat yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang pendakwah popular, pendakwah bebas iaitu Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Dipercayai Abang Mangsa Serangan Seksual Pendakwah Terkenal
Tak cari aib
Tampil mempertahankan diri, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung bersumpah atas nama Allah yang dia tidak mempunyai masalah peribadi atau menyimpan hasad dengki dengan pendakwah yang kini sedang disiasat berhubung kes video dan mesej lucah.
Jelasnya menerusi Youtube Buletin Pertiwi, dia hanya mengenali pendakwah terkenal tersebut menerusi kerja amalnya yang dikongsikan di media sosial. Malah nafinya, bukan dia yang mencari aib tetapi mangsa yang terlibat hadir membuka cerita bagi menegakkan kebenaran.
Tidak ada isu peribadi yang timbul malahan saya telah memuji kerja-kerja kebaikan yang dilakukan beliau. Saya juga seperti anda. Saya mengenali beliau menerusi gerak kerja di media sosial.
Saya boleh berkata Wallahi bahawa apa yang dilakukan ini adalah apabila mangsa datang kepada kami. Bukan kami mencari aib, tetapi mangsa berkongsi kepada kami untuk mencari kekuatan.
Mereka dihina dan dikritik oleh netizen dan mereka tampil mencari kekuatan. Jikalau anda tidak dapat membantu mereka tidak mengapa..tetapi jangan mengeji.
Bukan buat kerja polis
Dalam pada itu, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) menegaskan dia tidak mengambil alih tugas pihak berkuasa dalam siasatan tersebut tetapi hanya sekadar memberi sokongan.
Lantaran mengenai perkongsian kami, alhamdulillah ramai juga individu telah tampil dengan bukti-bukti mereka dan kami menasihati untuk membuat laporan polis.
Ramai salah faham cakap kami ambil alih kerja polis. Tidak sama sekali! Tugas kami hanya sekadar sokongan kepada mereka untuk dapatkan keadilan. Insya-Allah kita nantikan tindakan selanjutnya.
Sumber: Youtube Buletin Pertiwi