berita

Saya Rasa Tercabar – Kamal Adli

November 12th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kamal-Adli

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Kamal Adli dan Fizo Omar sememangnya sudah lama berkawan rapat sejak mereka mula menceburkan diri di dalam industri hiburan ini.

Justeru apabila Fizo mendirikan rumahtangga pada hari Ahad lepas, Kamal sedikit sebanyak rasa tercabar dengan keputusan kawan baiknya itu.

Walaupun Kamal terlebih dahulu menyulam cinta dengan kekasihnya, Intan Ladyana, tetapi Fizo lebih pantas membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru sahaja mengenali gadis pilihan hatinya.

kamal-adli-dan-intan-ladyana

Kamal dan Intan Ladyana sudah lima tahun bercinta

Bagaimanapun, aktor terkenal ini turut menyimpan hasrat untuk berkahwin selewat-lewatnya dua tahun dari sekarang.

Perkahwinan Fizo ni lebih kurang macam panggilanlah untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Tapi bukan dalam masa terdekat ni.

Menurut Kamal, dia kini sedang bekerja keras untuk memberi kehidupan yang selesa buat Intan apabila mereka sudah berkahwin nanti.

Saya sebenarnya beri diri saya masa dua tahun untuk mempersiapkan diri dan melengkapkan apa yang sepatutnya sebelum menjadi seorang suami. Saya baru 27 tahun dan saya faham usia Intan yang lebih tua adakalanya membuatkan orang menyuruh kami mempercepatkan perkahwinan. Tapi bagi saya usia tak penting, sebaliknya persediaan untuk menjadi isteri dan suami itu yang sepatutnya diambil kira.

Dalam masa yang sama, Kamal turut mengucapkan tahniah kepada Fizo dan berharap semoga Mawar dapat menjaga suaminya itu sebaik mungkin.

SKIP THIS AD ×