Industri hiburan K-Pop baru-baru ini dikejutkan dengan kematian penyanyi dan pelakon Choi Jinri atau lebih dikenali sebagai Sulli pada 14 Oktober selepas ditemui meninggal dunia di rumahnya di Seongnam, Seoul. Rata-rata peminat K-Pop mungkin sudah mengetahui bekas ahli kumpulan f(x) itu pernah menjalinkan hubungan dengan anggota kumpulan Dynamic Duo, Choiza selama hampir tiga tahun.
Terkesan dengan kematian mengejut bekas teman wanitanya itu, Choiza telah memuat naik satu status yang menyentuh hati di laman Instagramnya bagi meluahkan perasaannya ketika ini.
Berkongsi kenangan terindah
https://www.instagram.com/p/B3qxe9wH4P2/
Menerusi posting terbarunya itu, Choiza meluahkan rasa rindu terhadap bekas teman wanitanya sambil berkata dirinya dan Sulli telah berkongsi kenangan terindah ketika menjalinkan hubungan bersama.
Kami berkongsi kenangan paling indah dalam kehidupan kita bersama. Dengan penuh rasa kesedihan, saya terpaksa melepaskan awak pergi sekarang.
Namun saya tidak akan melupakan sebaliknya menghargai momen terindah yang ada bersama saya sehingga tiba hari saya menutup mata selamanya.
Saya sangat-sangat rindukan awak.
Terima tempias
Susulan daripada kematian pelakon berumur 25 tahun itu, Choiza turut menerima tempias apabila netizen bertindak menyerang dengan meninggalkan komen-komen biadap di Instagram miliknya dan menyalahkan penyanyi itu atas kematian Sulli.
Percintaan di antara Sulli dan Choiza mula diketahui umum pada 2014. Namun pada Mac 2017, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Sumber: Instagram Choiza, All K-Ppop