“Syukur Alhamdulillah, saya rasa sangatlah berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pihak mahkamah itu sendiri. Saya rasa ini sangat adil.”
Itulah antara kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Nash, yang juga merupakan bekas suami kepada pengasas produk kecantikan, Allahyarham Sosilawati.
Nash yang ditemui pada petang Jumaat lepas di sidang akhbar One Nite Only, Royale Chulan Hotel turut meluahkan perasaan simpatinya terhadap perkara yang berlaku.
“Saya seperti rakyat Malaysia lain jugalah, yang pertama ini adalah merupakan satu jawapan kepada penjenayah-penjenayah yang ada dalam negara ini. Jika ini anda buat, inilah hukumannya.
“Macam saya yang pernah mengenali dan pernah berkahwin dengannya, walau apa pun, saya tetap bersimpati dengan apa yang berlaku,” tambah Nash lagi.
Ditanya mengenai hubungan bersama keluarga bekas isterinya itu, Nash memberitahu bahawa dia hanya mengambil tahu serba sedikit tentang mereka dan mengakui hubungannya bersama adik bekas isterinya masih kekal baik.
“Dengan anak-anaknya saya tak ada lah ‘keep in touch’, cuma dengan adiknya adalah. Saya pergi rumah adik dia.
“Memang ada ambil tahu perkembangan mereka, tapi untuk pegi rumah dia dan jumpa anak-anaknya tidaklah. Sebab saya dah takde apa-apa dengan mereka. Say tak mahu lah nanti benda-benda lain yang jadi.
“Tapi, adik-adiknya, kami masih ok.”
Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias pernah mendirikan rumah tangga bersama Sosilawati pada 16 November 2006 sebelum keduanya bercerai pada 26 Mei 2009.
Dalam perkembangan lain, Nash bakal membuat persembahan untuk showcase “One Nite Only” di Heritage Club, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Showcase ini akan berlangsung pada 21 Jun depan dan tiket boleh didapati pada harga RM85. Buat para peminat Nash, jangan lepaskan peluang untuk menonton showcase santai Nash nanti ya!