Awal pagi semalam industri hiburan kehilangan lagi seorang pelakon dan pelawak berbakat besar dan popular melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pelawak Accapan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.43 pagi semalam di kediamannya akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
Pengarah Pembangunan Strategik dan Timbalan Pengarah Kandungan Program RTM, Jack Nadarajah terkesan dengan pemergian mendiang. Dia sudah mengetahui perkara ini dan terpaksa merahsiakan penyakit mendiang atas permintaannya.
Terpaksa merahsiakan
Dia tak mahu orang tahu dirinya sakit dan lebih selesa mendiamkan diri. Hanya beberapa rakan terdekat yang tahu situasi kesihatannya.
Pada mulanya hubungan kami terbatas sebagai penerbit dan artis, tapi lama-kelamaan kami akrab seperti adik-beradik kerana sudah kenal lebih dari 30 tahun.
Apabila dia tiada, saya sangat sedih kerana dia seorang anak seni yang rajin. Dia juga bergelar dramatis dan pelakon apabila membintangi pelbagai filem. Dia adalah pelakon yang dikenali semua kaum daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa
Jack Nadarajah terpaksa merahsiakan penyakit mendiang Accapan itu atas permintaan terakhirnya. Accapan atau nama sebenarnya R Samynathan sangat dikenali dalam kalangan peminat Melayu melalui beberapa drama, filem dan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Mendiang meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam dan tiga orang anak.
Takziah pada keluarga
https://www.instagram.com/p/BntGnkWn2jX/?taken-by=meloditv3
https://www.instagram.com/p/BntYngyn0Q_/?taken-by=meloditv3
Lawak lagend
https://www.youtube.com/watch?v=pI_xsYwmO7M
Sumber video dari YouTube ini memaparkan sedutan salah satu episod dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dimana menyaksikan lakonan mendiang Accapan dan barisan pelakon lagenda yang lain.