Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menegaskan dia sama sekali tidak tahu menahu tentang penggubahan wang haram yang dikaitkan dalam perniagaan. Malah, dia mendedahkan perniagaannya tidak terlibat dengan mana-mana pelabur.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Saya Ada Watikah, Kad & Hitam Putih’ – Fouziah Gous Jawab Dakwaan ‘Datuk Palsu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO & FOTO] Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Fouziah Gous, Dah Macam Heroin Bollywood, Cantik!
Tiada pelabur dalam perniagaan
Menurut Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gaus berkata sejak menjalankan perniagaan pada 2008 dia tidak pernah mengetahui tentang penggubahan wang haram yang sering dikaitkan dengan perniagaan selebriti.
Saya tak faham sangat istilah cuci duit ini dan nak komen pun tak berani sangat takut tersalah cakap pula.
Kata aktres berusia 40 tahun, dia tidak bergantung kepada pelabur kerana lebih selesa mengeluarkan modal sendiri untuk bisnes.
Kena tahu siapa rakan niaga kita sebab macam saya, saya tak ada masalah. Perniagaan saya 100% tiada pelabur. Mungkin peningkatan agak perlahan tetapi dari segi jangka panjang, kebebasan dan keputusan, ini adalah lebih baik untuk saya.
Saya juga tak pandai nak berhutung dengan orang. Saya sanggup bermula dari bawah, secara perlahan-lahan walaupun orang tidak nampak tak mengapa asalkan saya tahu apa yang saya lakukan.
Dalam pada itu, dia juga menasihati siapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan supaya memeriksa latar belakang rakan niaga terlebih dahulu.
Saya beritahu kepada suami, jika ingin memulakan sesuatu perniagaan bersama-sama rakan niaga, dia perlu siasat latar belakang mereka dan itu adalah perkara wajib.
Itu nasihat saya juga untuk selebriti dan untuk orang diluar sana. Kita kena ambil tahu dan itu antara perkara asas.
Fouziah berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di pelancaran restoran Rightside di Petaling Jaya baru-baru ini.
Disoal tentang kerjaya dalam bidang lakonan, pelakon filem Polis Evo 3 itu berkata dia lebih selektif dalam pemilihan watak selain faktor kekangan masa walaupun mendapat sokongan suami.
Saya tak rasa bosan kerana ketika ini saya masih lagi menjadi pengacara untuk program televisyen.
Bagi lakonan pula, agak susah sedikit kerana dari segi masa. Sebelum ini saya sudah banyak mencuba pelbagai watak, jadi kalau nak kembali berlakon mungkin saya perlu pilih watak yang betul-betul berbaloi. Suami saya juga sangat menggalakkan kerjaya saya sebagai pelakon.