berita

Saya Sanggup Turun Bersama Muslimat Pas Untuk Merayu Undi – Abby Abadi

December 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semua sedia maklum Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan merupakan seorang penyokong Pas yang tegar.

Baru-baru ini Abby telah menghadiri perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis, dan menerusi perhimpunan tersebut Abby telah mengelurkan kenyataan bahawa dia akan turut membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

“Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.”

“Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” ujar Abby menrusi laporan Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Abby turut melahirkan rasa gembira dan bahagia setelah menyertai parti pilihannya.

“Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan.”

SKIP THIS AD ×