Baru-baru ini, penyanyi Farez Adnan mendakwa sebuah tadika swasta terkenal mengabaikan kebajikan pekerjanya apabila culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Berikutan daripada isu tersebut, OhBulan! sempat menemu bual Farez bagi menanyakan hal tersebut secara terperinci.
Artikel Berkaitan: Farez Adnan Mengaku Tak Boleh Puasa, Labur RM27,000 Jalani Bariatrik – ‘Setiap Satu Jam Saya Kena Makan’
Artikel Berkaitan: Farez Adnan Akui Kesihatan Mental Terganggu, Nafi Cetus Kontroversi Secara Maya Lagu ‘Chu Kuca Raya 2024’
Gaji kena potong setiap bulan
Menurut Farez, dia mendapat tahu mengenai hal tersebut daripada anak buah dan ibu saudaranya yang bekerja di sana.
Anak buah dan mak cik saya kerja di sana. Sebenarnya isu ini dah berlarutan bertahun-tahun. Mula-mula Farez tak ada la rasa nak marah pun. Tapi makin lama makin melampau.
Mereka gunakan elemen dan unsur agama. Kerja kena ikhlas. Pengasas tadika itu juga ada buat live video penjelasan kononnya mereka dalam keadaan gawat.
Tambah Farez, pengasas tadika itu ada mengajaknya untuk berjumpa selepas video yang dilakukannya viral.
Pengasas itu ada panggil saya untuk berjumpa dan bercakap. Tapi dah seminggu saya tunggu, tak ada apa pun.
Disoal mengapa Farez bersungguh-sungguh mempertahankan hak guru-guru di sana, pelantun suara ‘Aduh Geli Mama’ ini berkata, isu ini perlu ditangani dengan segera agar tiada pekerja ditindas selepas ini.
Di akhir temu bual, Farez memberitahu dia berani kerana benar dan setakat ini, dia sudah mempunyai banyak bukti aduan daripada mereka yang dianiaya.
Terdahulu, pendedahan Farez mendapat reaksi pengguna media sosial yang lain dan ada di antara mangsa kejadian meninggalkan komen berkongsi nasib mereka.