berita

Saya Sedang Bercinta Sekarang – Hafiz Suip

February 7th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-07 at 8.26.28 AMBiasa kalau sudah popular, kemana saja pergi pasti akan ditanya pelbagai soalan. Jika sudah bercinta, ditanya siapa temannya. Jika putus, ditanya kenapa. Jika dilihat berdua, bila mahu nikahnya dan macam-macam lagi.

Itulah yang berlaku pada Hafiz Suip, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’. Selepas berpisah dengan Adira, Hafiz telah dikaitkan dengan beberapa orang wanita, namun dia terus menangkis segala tuduhan yang diberi.

Terbaru, menerusi sebuah akhbar online tempatan, Hafiz mengakui bahawa dia kini sedang bercinta. Penyanyi ini turut menjelaskan bahawa wanita bertuah tersebut bukanlah orang didalam industri hiburan.

“Dia bukan orang dalam industri hiburan pun dan tidak mahu identitinya diketahui umum. Jadi saya tidak boleh dedahkan lebih terperinci mengenai dirinya. Cukuplah saya akui saya sedang bercinta sekarang.”

Hafiz mendedahkan statusnya ini kerana tidak mahu terus dihimpit spekulasi selepas perpisahannya dengan Adira.

“Sampai bila saya hendak mengelak daripada ditanya (media) mengenai status hubungan? Jadi selepas berfikir panjang, saya ambil keputusan untuk berterus-terang sahaja apabila ditanya mengenai kekasih.”

Walau bagaimanapun, Hafiz tidak mendedahkan lebih lanjut butiran mengenai teman wanitanya. Kita nantikan saja shot-shot dari paparazi tempatan ya.

Baguslah kalau begitu, bak kata orang, disebalik kejayaan setiap lelaki adanya seorang wanita. Mungkin teman wanita Hafiz boleh membantu dirinya untuk berjaya, kan?

P/S : Lain pula dengan isu hangat sekarang, disebalik kejayaan seorang wanita, timbul seorang lelaki, merosakkan.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×