berita

‘Saya Sendiri Tak Tahu Saya Bersedia Atau Tidak’ – Daiyan Trisha Belum Merancang Untuk Pergi Haji

April 28th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sepertimana yang diketahui, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha telah mengerjakan ibadah umrah sebanyak dua kali. Namun bgeitu, Daiyan akui tidak pasti dengan dirinya untuk menunaikan ibadah haji.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Orang Doakan Saya Kekal Istiqamah’ – Daiyan Trisha

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Teringin Nak Nikah Di Makkah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Menangis Terharu Dapat Rasai Suasana Hujan Di Tanah Suci

Belum bersedia

Menerusi laporan Harian Metro, Daiyan, 29, memaklumkan bahawa dirinya belum mampu untuk melakukan ibadah haji buat masa sekarang.

Tambahnya, oleh kerana dirinya yang masih aktif dalam industri hiburan, Daiyan kurang pasti jika dirinya sudah bersedia.

Haji belum lagi kerana bagi saya jika buat haji, balik kena betul-betul (sempurna). Saya masih dalam industri begini. Kalau nak dikatakan peluang datang tiba-tiba, itu saya tak tahu nak jawab sekarang.

Saya sendiri tak pasti jika saya bersedia atau tidak. Tiada perancangan untuk pergi haji buat masa ini. Tapi kalau jadi, jadilah. Tiadalah istilah ‘fast track’ untuk saya ke sana.

Menurut pelantun lagu ‘Penat’ itu, keluarganya merupakan sebuah keluarga biasa yang menyimpan di Tabung Haji seperti orang lain.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×