berita

‘Saya Serius Dengan Keputusan Ini’ – Apa Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

November 19th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum, kumpulan duo Forteen telah ditubuhkan oleh KRU Music dan ahli kumpulan ini terdiri daripada One, Ameer, Ariz dan Izzue Islam. Sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai, pelakon dan penyanyi Izzue Islam mengumumkan pengunduran dirinya dari kumpulan Forteen.

Pengunduran itu bagaimanapun dikatakan tiada kaitan dengan kegagalan mereka melangkah masuk ke peringkat akhir Gegar Vaganza. Sebaliknya, dia mendakwa sudah tiada persefahaman antara ahli kumpulan.

Saya memilih untuk undur diri

Menurut laporan Astro Awani, Izzue Islam ketika ditemui di acara karpet merah Gegar Vaganza akhir membuat pengumuman menarik diri daripada kumpulan Forteen dan dia akan bergerak secara solo selepas ini.

Ya. Saya memilih undur diri daripada kumpulan Forteen. Perkara ini sudah berlaku beberapa kali dan jalan terbaik adalah dengan keluar daripada kumpulan Forteen.

Saya serius

Dia turut menyedari bahawa dia sudah tidak lagi sesuai untuk kekal dengan kumpulan itu. Keputusan untuk mengundurkan diri ini adalah atas kerelaan hatinya sendiri.

Cukuplah sampai di sini. Saya serius dengan keputusan ini. Lagipun saya memang tidak layak untuk menyertai Gegar Vaganza kerana kualiti persembahan saya kurang memuaskan.

Jadi, baik undir diri

https://www.instagram.com/p/BqWBNRfAM3Y/

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×