berita

‘Saya Silap…’ – Scha Alyahya Jelaskan Isu ‘Hilang’ Dari IG

October 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menjadi kebimbangan peminat apabila pelakon dan pengacara Scha Alyahya secara tiba-tiba memadam akaun Instagram miliknya. Lebih membimbangkan apabila dia memuatnaik kapsyen ‘I’ve had enough‘ membuatkan ramai pihak berasa bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang hamil itu.

Artikel berkaitan: Peminat Terkejut Scha Alyahya Padam IG, Minta Penjelasan Awal Ashaari

Terbaru, menerusi laporan Media Hiburan, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu akhirnya tampil mengatakan dia tersilap dan menjelaskan berhubung isu Instagram hilang.

Silap ‘deactivated’ akaun

Pengacara yang memiliki pengikut seramai lebih kurang 5 juta itu menjelaskan kesilapan tersebut berlaku ketika dia mahu membuat ‘link’ ke akaun perniagaan Facebook.

Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita, panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula.

Bagaimanapun, Scha memohon agar peminatnya mendoakan kesihatan ketika dirinya sedang sarat mengandung ketika ini.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×