berita

Saya Single But Not Available – Faralyna Idris

December 10th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tonton Dan calonnya adalah-16

Selalunya bagi artis-artis wanita yang masih muda, pastinya akan timbul pelbagai gosip cinta di media. Biasalah darah manis katanya.

Namun bagi Faralyna Idris, 22, menerusi laporan sebuah portal, pelakon yang sedikit demi sedikit mencipta nama ini mengambil keputusan untuk fokus pada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

Ini mungkin kerana kisah cintanya yang sebelum ini terkandas di tengah jalan telah memberikannya pengajaran tentang kehidupan sebenar.

“Saya masih muda dan belum masanya untuk berkahwin. Fokus saya sekarang pada kerja dan keluarga. Saya belajar daripada kesilapan lalu. Saya tak mahu terlalu menjaja tentang kisah cinta, tapi kalau orang bertanya saya akan jawab.

Macam sekarang bila ditanya status saya? Saya single but not available.”

Tonton Dan calonnya adalah-22

Bagaimana pun, bekas kekasih Hairul Azreen ini mendedahkan bahawa dia kini sedang mengenali seseorang.

Masih belum bersedia membuka hati untuk sesiapa, pelakon ini dilihat sedikit berahsia walaupun secara jujurnya dia tidak kisah jika orang lain tahu mengenai hubungannya.

“Ya, sekarang ni saya sedang mengenali seseorang. Tapi terlalu awal untuk nak cerita lebih. Kami pun baru kenal lebih kurang enam bulan. Dia bukan orang dalam industri.

Saya bukanlah nak sorok dia dari pengetahuan semua. Tiada sebab saya nak berahsia, apa gunanya? Sebab, kalau nanti saya keluar dengan dia, orang akan nampak juga.”  – mDigest

Apa salahnya bercinta kan? Yang penting tahu menjaga had dan batas sesama teman.

SKIP THIS AD ×