berita

Saya Single Dan Available – Remy Ishak

May 29th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

OHBULAN!CEO-15

Rasanya lama juga tak dengar berita pelakon kacak Remy Ishak kan? Kalau dulu, jejaka ini sering sahaja dihimpit kontroversi yang meletop-letop. Namun, akhir-akhir ini, anak kelahiran Negeri Sembilan ini seakan-akan sunyi dari gosip hiburan. Kenapa ya?

Kalau anda masih ingat, awal tahun lalu, Remy dikatakan bercinta dengan anak kepada pelakon Wan Hanafi Su, tetapi Remy sudahpun menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan.

Remy ketika ditemui di tayangan media filem CEO berkata dia selesa dengan keadaan sekarang dan mengakui statusnya kini single.

OHBULAN!CEO-7

Barisan pelakon filem CEO

Nampaknya, buat masa sekarang, aktor kacak dan hero idaman Malaya ini tak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin fokus terhadap kerjayanya sahaja.

Soal cinta saya tak fikir langsung, saya berkawan biasa dengan semua orang. Saya memang single dari dulu. Single and available. Saya selesa asalkan perjalanan karier berjalan dengan lancar.

Saya rasa lebih elok begini, keluar dengan karya dan produk-produk baru, dan semestinya bebas dari kontroversi. Lahipun, saya tak pernah mencipta kontroversi, ia datang tanpa diundang. Mungkin lepas ini pun akan ada lagi, saya pun tak tahu.

Bercerita mengenai kerjaya, Remy baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 13 episod iaitu Kasih Berbisik bersama Tasha Shilla dan Keith Foo.

Akibat dari tekanan kerja, Remy kini sedang berehat dari sebarang aktiviti penggambaran. Iyalah, pelakon juga manusia, pasti perlukan rehat. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×