Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu dia sudah merancang 20 tahun ke hadapan mengenai kehidupan dan keperluan anak angkatnya, Nur Izzara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lah Tok Ram, Dah Macam Bola Ragbi Dibuatnya Budak Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alyah Sifatkan Nur Izzara Sebagai Hadiah Dari Tuhan – ‘Semua Tepat Pada Waktunya’
20 tahun ke depan
Menolak soal ajal, Ramli, 65, atau mesra disapa Tok Ram berkata, sejak hari pertama anak angkatnya menjejakan kaki ke dalam rumah, dia sudah memikul satu tanggungjawab baharu.
Apabila anak itu sudah masuk ke dalam rumah, saya sudah memikul satu tanggungjawab. Saya sudah fikir 20 tahun ke depan mengenai segala keperluannya.
Sama ada saya panjang umur atau tidak, saya perlu memikirkan tentang kehidupan anak itu 20 tahun ke depan. Kena fikir tentang pembejalaran dan lain-lain.
Tok Ram berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu pertama Gegar Vaganza 11 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.
Dalam pada itu, Tok Ram mengakui kehidupannya dengan isteri, penyanyi Datin Alyah sedikit berbeza selepas kehadiran Nur Izzara.
Ini bukan soal kekok apabila ada anak, saya dah hidup 65 tahun dan sudah faham perangai manusia.
Ketika umur saya 30, saya sudah dapat anak pertama. Pengalaman dahulu dengan kehadiran anak angkat yang sekarang, keadaan sedikit berbeza.
Kalau boleh saya mahu ambil lagi anak-anak yang kurang bernasib baik. Ambil lima, sepuluh orang pun saya okay.
Nasihat mahu berkahwin
Sementara itu, Tok Ram turut menitipkan pesanan kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga supaya berfikir dengan betul sebelum berkahwin.
Siapa-siapa lelaki yang mahu berkahwin, tolong fikir tentang 20 tahun ke depan. Anak bukan satu pelaburan.
Jangan fikir satu pelaburan apabila anak sudah besar akan jaga orang tua mereka. Jangan fikir bergitu, kerana kadang kala anak boleh derhaka dengan ibu bapa mereka.
Terdahulu, Alyah menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita gembira apabila mengambil seorang anak angkat perempuan.
Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada 2013. Namun, mereka belum dikurniakan anak.
Bagaimanapun, Tok Ram yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik, Jennifer Thompson dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini sudah dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing.