Pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewa apabila Instagram (IG) miliknya digantung atas alasan melakukan aktiviti agresif dan tidak mengikuti garis panduan komuniti yang ditetapkan sejak 15 September lalu.
Artikel Berkaitan: Che Ta Berang Diva AA Hina Aaisyah – ‘Dia Belum Kena Buku Dengan Ruas Lagi’
Instagram digantung
Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dia menerima emel daripada pihak IG yang memintanya agar segera melakukan rayuan sehingga tempoh 13 Mac 2024 jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.
Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.
Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat.
Kata Che Ta yang bakal muncul dalam filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir kerana hilang tempat mencari rezeki buat sementara waktu.
Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.
Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.
Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata, hingga kini dia meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan semula Instagram miliknya itu.
Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.
Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.
Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya.