Menerusi temu bual bersama OhBulan! pelakon Trisha Ooi memberitahu dia sentiasa berwaspada dalam pergaulan terutama dengan lelaki. Tambah Trisha, dia enggan terjerat cinta suami orang.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Batasan Dalam Berpakaian & Babak Keterlaluan..’ – Trisha Ooi
Suka ‘family man’
Pemilik nama Reyshqa Aqiera Mohd Nasron, 24, berkata, status sebagai selebriti juga membuatkan dia lebih berhati-hati agar tidak dikaitkan dengan isu yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.
Kalau boleh tak mahulah jadi penyondol! Saya nak komen lebih-lebih pun saya takut. Bagi saya lebih baik saya menjaga diri sendiri dan itu sahaja yang boleh saya lakukan. Untuk orang lain saya tak mahu komen.
Menurut Trisha, dia hanya mahu memberi fokus kepada karier lakonan selain masih banyak perkara perlu dilakukan bagi mementapkan kerjayanya.
Berbicara soal cinta, Trisha Ooi mengaku bahawa dia tidak mempunyai teman lelaki pada masa ini.
Saya tidak mencari, tiada juga datang mendekat. Keluarga pun sangat memahami dan ibu saya sentiasa menyokong kerjaya saya. Memang buat masa ini saya fokus sepenuhnya kepada karier.
Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Janna Endoro’ ini berkata dia tidak menutup pintu hatinya buat mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya kerana soal hati dan perasaan adalah di luar jangkaan.
Disoal mengenai kriteria lelaki yang disukainya, Trisha memberitahu dia lebih selesa jika pasangannya nanti seorang yang mengutamakan keluarga.
Saya rapat dengan keluarga sebab itu saya suka lelaki yang ada ciri-ciri macam itu. Saya tak kisah orang itu dalam industri atau orang biasa, paling penting dia seorang yang utamakan keluarga. Tapi bukan dengan lelaki yang sudah berkeluarga!