Bulan Ramadan ni memang banyak keberkatan dan rahmat Allah beri pada kita, bukan setakat untuk umat Islam tapi untuk yang bukan Islam jugak. Paling best, Ramadan kali ini banyak memberi jalan hidayah kepada beberapa orang yang bukan Islam untuk memeluk Islam.
Sejak semalam viral di laman sosial tentang penghijrahan pelakon Acappan yang dikaatakan telah memeluk Islam. Perkara ini dikongsi oleh beberapa individu menerusi laman Facebook mereka.
Tapi betul ke beliau dah memeluk Islam? Ini penjelasan dari Acappan sendiri.
Awalnya Syahrin, akhirnya Ramadhan
Hidayah Ramadhan.
Alhamdulillah dengan izin Allah swt pagi tadi Abg Achapan telah memeluk Islam di Surau Palembang Jenderam Hilir.
Nama Islamnya adalah Muhammad Ramadhan bersempena bulan dia menerima hidayah dari Allah swt, biar pun pada awalnya dia menyukai nama Syahrin, tapi setelah diberitahu bahawa maknanya adalah sebulan maka dia bersetuju dengan nama pilihan kami semua iaitu Muhammad Ramadhan.
Dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam lewat pagi tadi.
Alhamdulillah..!!!Tuan-tuan doakan kebaikan buat beliau semoga beliau tabah serta istiqamah dalam agama. Amin3..!!!
Hentikan sebar fitnah! Saya belum peluk Islam!
Menurut Mstar Online, Acappan dikatakan membuat penjelasan berhubung isu pemelukan agama Islam yang menjadi viral di laman sosial. Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.
“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
“Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam,”
Dijemput seorang kawan bertemu ulama Islam
Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.
“Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).
“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama,” ujarnya.
Jangan mudah percaya berita tanpa pengesahan
Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu. Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.
Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.
“Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini,” ujarnya.
Sumber: Mstar Online