berita

Saya Tak Ada Kena Mengena Dengan Cincin Itu – Adira

May 27th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adira -8

Jika sebelum ini pihak media pernah melaporkan bahawa pelakon dan penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz menanam sepasang cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih sebagai cara untuk melupakan kenangan-kenangan manis bersama, akan tetapi lain pula buat penyanyi genit, Adira.

Adira yang sebelum ini pernah digosip bercinta dengan Aliff Azizi telah menafikan dakwaan kononnya cincin yang ditanam oleh pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu adalah miliknya dan menegaskan bahawa dia tidak mahu komen lebih lanjut mengenai perkara sebegitu.

Saya tak ada nak komen apa-apa. Benda macam ini pun saya tak nak ambil tahu sangat. Mungkin itu hak dia untuk buat benda-benda macam itu, tapi bagi saya sendiri perkara-perkara macam itu saya rasakan dah cukup untuk kongsi apa-apa kepada umum.

Saya pun tak ada kena mengena dengan cincin itu. Itu cincin kepunyaan Aliff sendiri. – Ujar Adira sewaktu bertemu di sidang media Akademi Fantasia 2013 baru-baru ini.

Cincin Aliff Aziz

Cincin yang ditanam oleh Aliff Aziz

Beralih kepada persoalan mengenai cincin yang pernah dipakai oleh Adira dan Aliff menerusi sebuah foto dilaman Instagram penyanyi tersebut pada Februari lalu, Adira telah menegaskan bahawa cincin yang dipakai olehnya pada ketika itu langsung tiada kaitan dengan cincin yang ditanam oleh Aliff.

Cincin yang dalam Instagram sebelum ini cuma cincin sebagai tanda persahabatan dan cincin itu pun dia punya.

Saya punya cincin ada dengan saya sendiri dan ianya tak ada kene mengena dengan cincin yang ditanam.

aliff aziz & adiraAliff & Adira pernah memakai cincin yang sama Februaru lalu

Merujuk kepada perkembangan kerjaya nyanyian, Adira difahamkan sedang mengumpul material yang bagus untuk album terbarunya dan dia juga bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan :

SKIP THIS AD ×