Sebelum ini, Dato’ Afdlin Shauki menentang penutupan Kelab Komedi Crackhouse selepas tular sebuah video yang memaparkan perbuatan tidak senonoh seorang wanita. Pendapat itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada barisan selebriti dan netizen.
Artikel Berkaitan: Bangkang Kelab Komedi Ditutup Sebab Pelawak Wanita ‘Buka Baju’, Afdlin Shauki Dikritik Netizen
Artikel Berkaitan: Sharifah Amani Minta Berlaku Adil, Bantah Penutupan Operasi Kelab Komedi Crackhouse
‘Saya tiada share satu sen dalam kelab ini’
Afdlin yang tampil secara langsung dalam program The Amin Idris Show di Facebook malam tadi berkata, kelab komedi berkenaan merupakan tempat ramai orang mencari rezeki termasuklah tempat pelawak belajar membuat komedi. Jelasnya lagi, bisnes komedi bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangka.
Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.
Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu.
Tambah Dato’ Afdlin Shauki, dia pernah dua kali masuk ke kelab komedi tersebut dan ketika berada di situ, tiada sebarang konten yang keterlaluan dan menghina.
Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan. Memang tiada konten-konten yang teruk dan menghina.
Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.
Sumber: Harian Metro