Sebelum ini, bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjelaskan beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan ‘ugutan’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwanya berhutang puluhan juta ringgit.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Turunkan Level Saya Ke Tahap Aliff Syukri’ – Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir
Artikel Berkaitan: ‘Pagi Petang Saya Berniaga Buat Live, Senang-Senang Tan Sri Ambil Hak Saya’ – Aliff Syukri
Malah menurut Abdul Kadir, beliau enggan meletakkan kedudukannya serendah usahawan terbabit.
Terasa pedas?
Tidak mendiamkan diri, Aliff menerusi perkongsian di Instagram tampil mempertahankan dirinya dengan berkata dia tidak memetik nama mana-mana individu, sebaliknya hairan mengapa Abdul Kadir terasa.
Jelas Aliff lagi, sekiranya Abdul Kadir tidak setarafnya, mengapa bertindak meminjam wang dan meminta bantuan daripadanya.
Saya tiada sebut nama mana-mana Tan Sri pun, kenapa terasa pedas?
Memang saya tidak selevel Tan Sri, saya anak orang kampung asal pun Felda Ulu Banat. Susah saya nak cari duit bermula dari pasar, menjaja siang malam.
Tan Sri kalau tak selevel kenapa minta saya bantu dan kerjasama? Dah dapat duit lepas tu lari dari saya . Tak nak turunkan diri jumpa saya. Tak selevel ya?
Dalam masa sama, bapa kepada enam cahaya mata itu berkata dia juga ada merakam video ketika mereka mengadakan pertemuan bersama sebelum ini.
Wahai Tan Sri , saya tak bodoh masa kita bincang dan meeting, keliling saya letak kamera! Tan Sri tak perasan sebab level Tan Sri bilion bodyguard keliling pinggang, saya anak kampung sahaja.
Kalau tak selevel pulangkan hak saya yang puluhan juta tu. Pelik juga kalau tak selevel kenapa ajak saya datang rumah? Ajak pergi makan, memancing kat kampung?
Semua ada video Tan Sri di YouTube. Siap ajak pergi resort layan saya macam raja. Ingat saya bukan anak kampung yang bodoh yang boleh dikotak katekkan, dan rakyat Malaysia tak bodoh menilai. Jangan makan duit rakyat marhen mcm saya ni Tan Sri.
Terdahulu, Aliff menerusi perkongsian di Instagram mendakwa terdapat seorang individu berpangkat Tan Sri yang liat untuk membayar hutangnya meskipun sudah dihubungi.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun difahamkan perkongsian tersebut ditujukan kepada Abdul Kadir.
Sumber: Instagram