Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu membabitkan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berang dengan seorang individu berpangkat Tan Sri yang didakwa cuba mengelak daripada membayar hutang berjumlah puluhan juta ringgit.
Meskipun tidak mendedahkan nama individu tersebut namun, ramai yang dapat meneka gerangan individu berkenaan menerusi gambar yang disamarkan Aliff di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri ‘Mengamuk’ Lagi, Dakwa Bekas Menteri Hutang Puluhan Juta
Artikel Berkaitan: ‘Pagi Petang Saya Berniaga Buat Live, Senang-Senang Tan Sri Ambil Hak Saya’ – Aliff Syukri
Serahkan segala urusan pada peguam
Terbaru, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Kadir Sheikh Fadzir tampil bersuara dan memaklumkan bahawa dia akan menyerahkan segala ‘ugutan’ dibuat Aliff Syukri kepada peguamnya.
I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).
Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu.
Dalam pada itu, Kadir mengambil pendekatan untuk tidak meninggalkan sebarang komen ataupun apa-apa kenyataan terhadap Aliff berkenaan isu ini.
Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama.
Terdahulu, Aliff Syukri atau nama sebenarnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan kekecewaannya di Instagram terhadap seorang bekas ahli parlimen berasal dari Kedah yang didakwanya culas untuk membayar hutang bernilai jutaan ringgit.
Menurutnya, dia sudah cuba untuk menghubungi individu terbabit namun tidak dijawab dan tiada sebarang respon.
Sumber: MalaysiaKini