Seorang lagi lelaki berkulit hitam mati di tangan polis. Insiden itu dipercayai berlaku di Washington, Amerika Syarikat (AS). Mangsa lelaki yang dikenali sebagai Manuel Ellis juga mengeluarkan kata-kata yang sama seperti mendiang Floyd iaitu ‘saya tidak boleh bernafas’ sebelum maut di tempat kejadian.
Merayu tidak bernafas
Memetik laporan daripada Youtube King 5, Gabenor di Washingtong iaitu Jay Inslee telah mendedahkan satu siasatan kematian yang melibatkan seorang lelaki berkulit gelap iaitu Manuel Ellis. Malah, klip pendek itu menyaksikan mangsa merayu dilepaskan kerana sudah tidak boleh bernafas.
Saya yakin siasatan syerif di daerah Pierce ke atas kematian Manuel Ellis sepatutnya belum berakhir. Perlu ada siasatan baharu.
Tidak dihairaukan polis
Pada 3 Mac 2020, mangsa yang berusia 33 tahun itu dipercayai digari oleh anggota Jabatan Polis Tocoma dan meraung kesakitan.
Ellis berkata ‘saya tidak boleh bernafas, tuan’ namun tidak dihiraukan beberapa anggota polis terbabit.
Bagaimanapun, menurut keputusan autopsi mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat hipoksia dan masalah jantung. Difahamkan, 4 anggota polis tersebut telah digantung tugas. Malah, mereka mendakwa insiden pergelutan itu tercetus selepas Ellis ditahan kerana cuba memecahkan pintu sebuah kereta.
Sumber: Youtube King 5