Individu yang didakwa bagi kes pensundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung dakwaan dijemput ke podcast Bros Gang TV (BGTV).
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Jemput ‘Hot Daddy’ Ke Podcast, YouTuber Beri Penjelasan – ‘Kami Tak Pernah Sokong Perbuatan Tak Bermoral’
‘Itu hanyalah gambar sahaja..’
Menerusi perkongsian di TikTok, Hot Daddy atau nama sebenarnya Ikhwan Arif Zul Hasli tampil menafikan tuduhan netizen yang mendakwanya menjadi tetamu undangan di podcast Bros Gang TV (BGTV).
Saya dan Bros Gang memang kami tak ada buat sebarang video atau podcast seperti orang nyatakan. Itu hanyalah gambar sahaja, saya dan mereka berkawan. Mereka jemput saya, ajak lepak dan main game.
Jadi janganlah korang semua nak memberi andaian atau fitnah benda tanpa kesahihan. Bila benda yang tiada bukti, tanpa kesahihan dah jatuh fitnah.
Sementara itu, bapa kepada tiga orang anak itu meminta orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah sedangkan tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan mereka menyokong perlakuan zina.
Janganlah disebabkan gambar tu, korang sewenang-wenangnya nak cakap mereka menyokong zina dan sebagainya. Gambar tu tak ada pun unsur-unsur tak elok.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen menitipkan doa agar Ikhwan diberi keinsafan dan menjadi insan yang lebih baik kelak.
Sumber: Ikhwan Arif